Tuesday, December 9, 2008

Monday, November 17, 2008

Monday, November 10, 2008

MACAM2 ZARA - @ SHOPPING TIME!

Mama.. boleh makan tak ikan biru ni?

Mama.. tak boleh pun.. Ikan pun sengih dengan wajah ala2 satira nya..

Ngantuklah pulak.. Agak2 boleh jadi duta Tesco tak? Hehe..

Dah boring la tu..


Lihat topiku.. cantik tak?

Mama.. topi ape ni? Macam nak pegi memancing je..

Wednesday, November 5, 2008

DALAM BESEN PUN JADIK



Si kecik ni memang suka posing. Dalam besen mandi pun jadik asalkan ada anak itik tok wi skali.. Anak itik tok wi mandi dalam kolam,.. sakit apa tok wi sakit sendi tulang..

Wednesday, October 29, 2008

ZARA - 8 BULAN SETENGAH

Mmmmmaaaaaa..

Ala mama.. tengah batukla








30 OKTOBER - Harini usia Zara masuk sembilan bulan. Macam sekejap je rasanya dah besar anak mama. Bila belek2 album, nampak jauh perbezaan dengan har pertama kelahirannya. Masih teringat wajah mulus si kecil, lahir saja ke dunia terus doktor letakkan di atas perut. Dapatlah kulihat jernihnya mata anakku yang membulat tu. Alhamdulillah, syukur dengan kebesaran dan hadiah terindah kurniaan Yang Maha Esa.

Gigi zara belum tumbuh lagi, tapi mulut bising entah apa yang disembangkannya. Mamamama.. babababa.. tatatatata... Semakin hari semakin jelas bunyinya. Pertengahan bulan lalu, Zara asyik demam dan batuk. Orang tua-tua kata memang itulah proses pembesaran anak-anak.. Apatah lagi pada 18 oktober lepas, kebetulan pula Abah kena outstation ke Melaka. Mama pula kena bertugas di Lanai Seni. Sian sikecik menjerit menangis bila kena duduk kat seater. Selama ni pun baru sekali letakkan zara kat seater. Yelah, siang hari dah kena tinggal dekat babysitter. Hanya dapat pegang pergi dan balik kerja, waktu malam yang sedikit serta hujung minggu kalau tak kerja. Sampai hilang suara si kecik menjerit. Puaslah dipujuk. Sampai je terus peluk, barulah ok.

Sekarang zara dah semakin aktif walaupun duduk dalam walker. Setiap ceruk rumah dijenguk dan diredah. Paling suka, dekat dapur.. Mandi pun dah boleh letak je dalam bath tub pink nya tu. Siap dengan anak itik tok wi lagi (dua ekor itik kuning digi zara). Bukan masin suka berendam..

Tidur pun dah makin lasak. melintang menegak, mengiring dengan pelbagai gaya. Sampai kaki pun sangkut sebelah kat mama atau abah. Bila batuk akhir2 ni, kuranglah sikit zara dapat tidur nyenyak.

Si kecik ni bukan main seronok lagi kalau ramai orang dia jumpa. Haritu, family mama dan abah datang.. bila semua dah balik, semua ceruk dijenguknya cari mana semua orang pegi.. Dah penghujung raya ni pun masih ramai berikan zara duit raya, alhamdulillah.. Banyak juga kalau nak dibandingkan mama dia zaman kecik2.. Mama dan abah dah bukakan akaun Yippie untuk simpanan dan Insuran dan simpanan pendidikan Etiqa.

"Sayalah permata anak kesayangan, kebanggaan ayah dan ibu, saya dibersarkan dengan kasih sayang, hanya yang terbaik untukku, menjadi harapan di masa hadapan, sayalah anak yang cemerlang"..

Monday, October 20, 2008