Monday, April 12, 2010



ZARA SUKA MENARI? Jawapannya ialah Ya. Bukan je menari, menyanyi, mewarna dan baca buku. Kadang2 telatah Zara yang dah 2 tahun 2 bulan April ni memang mencuit hati dan menjadi penghibur kami sekeluarga. Pandai pulak menyanyi lagu Separuh Jiwaku Pergi - Anang dan Jika Kau Ubah Fikiran - mILa. Tau pulak liriknya. Terkejut sekejap bila dengar Zara menyanyi. Kalau di rumah babysitter lagu minang sesaja. Ayam Den Lapeh... Malang Bacinto. Macam-macam.

Tengoklah gelagat Zara bila menari. Opps lupa. Zara ni pantang dengar lagu Stacy, menggegar dunia. Nak tidur pun jadi segar bugar. Nak pulak ada lagu ni dalam ABPBH baru2 ni. siap singsing seluar lagi. Tengoklah aksinya yang sempat dirakam khas untuk semua :)

Wednesday, April 7, 2010

Karenah Zara @ Midvalley



Banyak kali nak bawa zara jenjalan ke Midvalley tapi idaklah jadi2nya. 25 Mac lepas, sempena harijadi Adik @ Cik Nana Mama bawa Adik, Kakak ke Midvalley. Bukan main seronoknya Zara dapat lepas geram main di Jucso Playland. 2 round lagi. Tengoklah aksi zara yang dah berusia 2 tahun 2 bulan ni. Macam-macam..