Tuesday, March 31, 2009

Monday, March 16, 2009

Kuda kepang zara



















Diam tak diam, zara dah setahun sebulan.. Si kecik ni semakin manja. Kadang-kadang sesaja je landing asal boleh sambil tengok tv. Aktiviti wajib sebelum tidur dan masuk kereta, baca buku. Banyak jugaklah buku kat rumah yang dah lunyai dikerjakan. Buku-buku yang keras je selamat.. Dan lagi pandai buat muka, muka boring, kerut2, geram semuanya boleh. Rambut pun dah panjang. Tak nak dah toncet pokok kelapa lagi.. pakai skaf pun dicabutnya. Suka sangat tengok tv. Lagi2 cerita jim jam & sunny.. telletubbies, princess dan pooh.. Kalau dapat ke dapur jangan cakaplah, abis semua isi laci dikeluarkan, dimasukkan balik tapi paham2 jelah cemana sepahnya. Baru-baru ni sempatlah bawa ke taman. Dah berani duduk kat kuda sorang-sorang..




Orang tua-tua kata kalau budak gigit jari kaki maknanya nak adik? betul ke? Hehehe.. Pengumuman rasmi selepas 26 Mac ni..

Friday, March 13, 2009

MUNCUNG TIRUS


Ummmmm...




Muka boring..

Bila balik Klang, memang selalu menyinggah ke Carrefour untuk beli barang keperluan. Kalau dulu selalu juga ke Econsave. Semenjak baru buka dan dekat dengan rumah, rajinlah ke sana.. Kesian kedai Khalid yang semakin kurang orangnya. Yelah, dah elok-elok orang tempatan jaga, bagi kedai kat pada Bangla jadi tuan kedai pulak. Mmmm.. makin ramailah yang menjadi tuan di tanah orang. Ke situ pulak iye.. sebenarnya nak kongsi gambar-gambar zara dengan muncung tirusnya yang sempat di kandid... Boringlah tu kena duduk dalam troli walaupun ada stroller.. Beli mahal-mahal troli juga duduknya yea.. Sian dia.. Berapa inci agaknya? Macam Angelina Jolie tak?

JALAN-JALAN DI SOUQ









Agak lama tak masukkan entry terbaharu zara. Bukan apa, blog mama pun agak bersawang. Selepas pemergian arwah ayah, semangat untuk update blog agak tipis berbanding selalu. Sebulan berlalu, tiba masa untuk mama updatekan lagi blog si kecik zara. Terpaksalah rewind aktiviti2 zara yang belum sempat di'upload' sebelum ni. Citer pasal Jalan2 di Souq..



Souq yang terletak di sebelah Masjid Putra, Putrajaya tak jauh dari rumah. Anggaran dalam 5 minit je. Pun begitu, lama sungguh tak ke sana. Akhir sekali ketika lepas berkahwin dulu, bersama-sama adik-beradik mama..


Petang Sabtu penghujung Januari lepas akhirnya berjaya diluangkan untuk kembali bersantai di Souq. Untuk mereka yang belum pernah ke sana, selain ada jualan barangan cenderamata dan kraf Malaysia, ada juga kiosk dan kedai untuk menjamu selera selain melampiaskan penat dengan menikmati keindahan petang di tasik putrajaya. Saban minggu tempat letak kereta pun terpaksa berebut dengan pengunjung tempatan mahupun dari seluruh Malaysia yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan keindahan lanskap dan bangunan kerajaan di Putrajaya.



Zara pula bukan main excited nak berjalan. Almaklumlah 'baru dapat kaki' nak berjalan. Taknak dukung, gagah nak berjalan sendiri. Si kecik ni jugak peramah bukan main. Tak kira siapa, semuanya disapa. Doklah lambai2 tangan.. Sampaikan mamat Bangla yang lalu pun seronok kena usik dengan Zara. Ai, sapa ngurat sapa ni?




Thursday, March 5, 2009

Bagaikan tak percaya, Zara dah berusia satu tahun 12 Februari lalu. Bagaimanapun, sambutan ulangtahun zara terpaksa ditunda ke tarikh lain memandangkan kembalinya Ayahanda Julia ke rahmatullah pada 11 Februari, sehari sebelum ulangtahun Zara. Ini antara koleksi zara bersama saudara mara, arwah Atuk, Tok Wan, Mak Tok dan selebriti..



Cak.. sukanya dia..


pose sebelum bawa Zara ke klinik Annur..


Masih bersarung tangan zara makan dengan mama dan abah di Alamanda


Zara ketika usia masuk 3 bulan.. dengan Abah di Jusco Klang


Uncle Rosyam Nor selepas siaran Fenomena Seni..


Abah dan Prof Razak Mohaideen.. Prof Razak siap ajak zara berlakon lagi..


Auntie Hanie, Selamat Pagi Malaysia


Dato' Adilah






Auntie Marina, Pendaki Everest. Skang dah ada baby sendiri, Najwan..


Cik Nana






gambar dengan sepupu dan arwah Atuk Usin. Atuk kata Zara macam anak jepun pakai topi tu..


Mak Tok di boling Alamanda..


Kemek pipi zara Tok Wan..




Tok Ja


Tok Alim