Monday, March 16, 2009

Kuda kepang zara



















Diam tak diam, zara dah setahun sebulan.. Si kecik ni semakin manja. Kadang-kadang sesaja je landing asal boleh sambil tengok tv. Aktiviti wajib sebelum tidur dan masuk kereta, baca buku. Banyak jugaklah buku kat rumah yang dah lunyai dikerjakan. Buku-buku yang keras je selamat.. Dan lagi pandai buat muka, muka boring, kerut2, geram semuanya boleh. Rambut pun dah panjang. Tak nak dah toncet pokok kelapa lagi.. pakai skaf pun dicabutnya. Suka sangat tengok tv. Lagi2 cerita jim jam & sunny.. telletubbies, princess dan pooh.. Kalau dapat ke dapur jangan cakaplah, abis semua isi laci dikeluarkan, dimasukkan balik tapi paham2 jelah cemana sepahnya. Baru-baru ni sempatlah bawa ke taman. Dah berani duduk kat kuda sorang-sorang..




Orang tua-tua kata kalau budak gigit jari kaki maknanya nak adik? betul ke? Hehehe.. Pengumuman rasmi selepas 26 Mac ni..

No comments: