Friday, March 13, 2009

JALAN-JALAN DI SOUQ









Agak lama tak masukkan entry terbaharu zara. Bukan apa, blog mama pun agak bersawang. Selepas pemergian arwah ayah, semangat untuk update blog agak tipis berbanding selalu. Sebulan berlalu, tiba masa untuk mama updatekan lagi blog si kecik zara. Terpaksalah rewind aktiviti2 zara yang belum sempat di'upload' sebelum ni. Citer pasal Jalan2 di Souq..



Souq yang terletak di sebelah Masjid Putra, Putrajaya tak jauh dari rumah. Anggaran dalam 5 minit je. Pun begitu, lama sungguh tak ke sana. Akhir sekali ketika lepas berkahwin dulu, bersama-sama adik-beradik mama..


Petang Sabtu penghujung Januari lepas akhirnya berjaya diluangkan untuk kembali bersantai di Souq. Untuk mereka yang belum pernah ke sana, selain ada jualan barangan cenderamata dan kraf Malaysia, ada juga kiosk dan kedai untuk menjamu selera selain melampiaskan penat dengan menikmati keindahan petang di tasik putrajaya. Saban minggu tempat letak kereta pun terpaksa berebut dengan pengunjung tempatan mahupun dari seluruh Malaysia yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan keindahan lanskap dan bangunan kerajaan di Putrajaya.



Zara pula bukan main excited nak berjalan. Almaklumlah 'baru dapat kaki' nak berjalan. Taknak dukung, gagah nak berjalan sendiri. Si kecik ni jugak peramah bukan main. Tak kira siapa, semuanya disapa. Doklah lambai2 tangan.. Sampaikan mamat Bangla yang lalu pun seronok kena usik dengan Zara. Ai, sapa ngurat sapa ni?




No comments: