Thursday, April 16, 2009

ZARA DAH PANDAI BERLARI

16 APRIL - Bertatih, berjalan dan hari ini anak mama dah pandai berlari mengejar Abah. Bukan main seronok mama tengok perkembangan anak mama sorang ni.. Bukan main seronok juga zara bila dah dapat kawan baru. Semenjak Afiq dah tak ada, zara main sorang-sorang, makan sorang-sorang sampaikan selera makan pun dah kurang. Kesian zara. Bila dapat balik klang dan jumpa sepupu2 lain apa lagi, main je kerjanya sampaikan tak nak tidur. Dah seminggu zara dapat kawan baru.. Alif dan kakaknya Ain.. hensem, mata sepet macam anak jepun. Usia sebaya cuma Alif tua 16 hari. Gigi dah penuh cuma jalan je masih terjatuh. Orang tua2 kata kalau gigi sikit, pandai jalan dulu vise versa..

Riang ria je tengok zara sekarang. Dah pandai menyanyi sorang.. Entah lagu apa, tapi memanglah nampak kiut. Tengok iklan memang nombor satu.. kalau dengar lagu jangan cakaplah berjogetnya.. Selalu mama cakap zara kan jadi kak yong (nama manja untuk kak long).. selalu zara cium perut mama bila mama cakap sayang adik..

Malam tadi mama dan abah tidur tak lena. Dah lama zara tak bangun dan menangis macam semalam. Nak cakap tak pandai.. Nak bagitahu tak boleh.. Bangun pagi-pagi mood dah ok.. mandi dengan abah dan mama siapkan. Pandai pulak ambik putik kapas dan letakkan ditelinga suruh mama bersihkan.. Apapun, mama dan abah tetap sayangkan zara. Macam-macam anak mama..

Thursday, April 2, 2009

Jom Ikut Zara..












Inilah rutin zara saban hari. Mama dan Abah akan hantar ke rumah ibu ita (baby sitter) setiap pagi. Semenjak dah pandai berjalan sendiri, siap macam nak ke sekolah pulak. Mesti dengan aksut kegemaran zara, Jerry Mouse merah yang ada cit cit.. kalau tak pun minnie mouse. Sengaja tak dihantar ke Cumi Chiki kerana sejak usia dua bulan zara dah dihantar ke rumah kak ita ni. Kalau tengah malam mama dan abah balik, samalah dengan zara. Bagusnya, di sana tak ramai budak. Jadi lebih terjaga. Cuma bila Afiq dah tak dihantar ke sana, kesian zara dok main sorang-sorang setiap hari. Kalau nak ke rumah ibu ita, mesti ada beg Garfield atau Minnie Mouse kecik. Bukan isi apa, botol susu dan buku ABC.. Pertama kali pakaikan beg, zara tak nak buka. Biarlah.. janji suka..