Inilah rutin zara saban hari. Mama dan Abah akan hantar ke rumah ibu ita (baby sitter) setiap pagi. Semenjak dah pandai berjalan sendiri, siap macam nak ke sekolah pulak. Mesti dengan aksut kegemaran zara, Jerry Mouse merah yang ada cit cit.. kalau tak pun minnie mouse. Sengaja tak dihantar ke Cumi Chiki kerana sejak usia dua bulan zara dah dihantar ke rumah kak ita ni. Kalau tengah malam mama dan abah balik, samalah dengan zara. Bagusnya, di sana tak ramai budak. Jadi lebih terjaga. Cuma bila Afiq dah tak dihantar ke sana, kesian zara dok main sorang-sorang setiap hari. Kalau nak ke rumah ibu ita, mesti ada beg Garfield atau Minnie Mouse kecik. Bukan isi apa, botol susu dan buku ABC.. Pertama kali pakaikan beg, zara tak nak buka. Biarlah.. janji suka..
Thursday, April 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment